KUALA LUMPUR – MR. D.I.Y. Trading Sdn. Bhd. (MR. D.I.Y) bakal mengadakan jualan besar-besaran di laman Shopee bermula 10 Januari ini.
Ketua Pemasaran MR. D.I.Y, Andy Chin berkata, ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan pasarannya dengan menjangkaui sehingga 16 juta pengguna dan ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk berkembang serta memberi ganjaran secara berterusan kepada pelanggan.
MR. D.I.Y merekodkan peningkatan jumlah tempahan online yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu sehingga 22 kali ganda di platform e-dagang, sejak melancarkan strategi e-dagang serta kedai rasmi dalam talian di Shopee.
“Perkongsian dengan Shopee membuahkan hasil positif, khususnya pada kempen utama platform e-dagang tersebut, malah kami berhasrat untuk terus mencapai semua pengguna Shopee dan pelanggan MR. D.I.Y menerusi jualan Super MR. D.I.Y. Day.
“Kami juga mahu pelanggan menikmati harga terbaik bagi barang keperluan, terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi bagi membolehkan mereka membuat persiapan seperti membersihkan dan menceriakan kediaman untuk perhimpunan keluarga besar masing-masing.
“Memandangkan pelanggan juga bakal sibuk membuat persiapan, maka membeli-belah secara online merupakan alternatif terbaik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Jualan Super MR. D.I.Y. Day akan berlangsung sehingga 6 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina, dengan ganjaran, peraduan media sosial, tawaran dan diskaun terbaik yang menarik. – Bernama










