PUTRAJAYA 24 Jan. – Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula kategori golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) berdasarkan kos sara hidup masa kini. Pengerusinya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, hasrat itu bertujuan bagi membantu kedua-dua golongan itu melalui kehidupan lebih selesa. “Mengikut kajian yang pernah dilakukan, kos sara hidup yang semakin tinggi mempengaruhi keupayaan menyimpan bagi kalangan B40 dan M40 dengan hanya ada…










