Mok suka tinggal di rumah daif - Utusan Malaysia

Mok suka tinggal di rumah daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang warga emas berumur 85 tahun berpera­ngai pelik apabila suka hidup menyendiri di sebuah rumah daif dan usang pe­ninggalan suaminya di Kampung Kundur di sini sejak lebih 30 tahun lalu.

Mek Wook Latiff atau mesra dipanggil ‘Mok’ juga sanggup tinggal seorang diri selepas kematian suaminya lebih 20 tahun lalu kerana mendakwa tidak selesa menghuni rumah bantuan kerajaan di tepi Jalan Gua Musang – Kuala Betis yang diberikan kepadanya.

Katanya, rumah tersebut seperti ada ‘sesuatu’ menyebabkan dia sukar tidur ditambah pula bunyi kenderaan bising menyebabkan Mok kembali tinggal di rumah peninggalan suami berdekatan kawasan kebun di kampung tersebut.

“Mok juga ada empat orang anak tetapi Mok tidak mahu susahkan anak yang masing-masing sudah berkahwin,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, rumah pemberian kerajaan kepadanya juga sudah menjadi terbiar dan dinaiki semak selepas beberapa tahun dibiarkan tidak berpenghuni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN