KUALA LUMPUR 10 Jan. – UMNO dilihat seolah-olah telah mendapat persetujuan daripada MIC dan MCA untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini. Calon tersebut akan diumumkan pada pukul 11 pagi ini. Parlimen Cameron Highlands secara tradisinya adalah milik MIC, namun dikatakan parti kaum India itu telah menarik diri daripada mencalonkan wakilnya. Hal demikian dikatakan telah membuka laluan kepada UMNO untuk bertanding di Parlimen tersebut yang terletak dalam negeri penguasaan Barisan Nasional (BN), Pahang. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya