SEDANG asyik berjalan-jalan di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, langkah Kashika Silvam, 11, terhenti apabila matanya terpandang pada aksi dua karakter kartun popular iaitu Mickey Mouse (Mickey) dan Minnie Mouse (Minnie). Kelihatan dari jauh dua karakter kartun itu sedang bergambar dengan peminatnya yang sudah sedia beratur menunggu giliran. Tanpa berfikir panjang, langkah Kashika bersama dua orang lagi rakannya itu terus dihalakan ke arah karakter tersebut. ‘‘Saya sememangnya…










