KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan timbalannya akan diadakan pada 24 Januari ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Raja-raja dalam pertemuan pada 10.30 pagi tadi di Istana Negara yang turut menetapkan Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya akan diadakan pada 31…










