MENYELAMATKAN anak anjing di Jalan Mangga, Kampung Kasipelly, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur yang terperangkap di atas bangkai jengkaut di tengah lombong selama lebih enam jam pada 31 Julai lalu. Itu antara operasi menarik yang pernah dijalankan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul. Ketua Balai BBP Sentul, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd. Hafizan Hassan berkata, pasukannya menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 10 pagi daripada orang awam. Kata beliau, walaupun…










