Menteri Pertahanan Greece letak jawatan - Utusan Malaysia

Menteri Pertahanan Greece letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS 13 Jan.- Panos Kammenos mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Greece hari ini.

Keputusan itu dibuat menjelang undian parlimen yang dilaksanakan untuk menamatkan pertikaian 27 tahun antara negara-negara Eropah di tenggara Greece dan Republik Macedonia berkenaan penggunaan nama Macedonia.

Kammenos yang mengetuai pakatan bersama Perdana Menteri, Alexis Tsipras mengesahkan keputusan tersebut dalam kenyataan rasmi.

“Isu Macedonia tidak menghalang untuk saya mengorbankan jawatan yang saya pegang pada masa ini.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kerjasama yang diberikan dan saya telah menerangkan kepada beliau bahawa kita tidak boleh teruskan isu nasional ini,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN