APABILA Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri terkejut dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai pembatalan kontrak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), rakyat lagi terkejut! Apa yang berlaku itu memang melucukan. Tetapi ia sesuatu yang perlu dirisaukan berhubung komitmen dan kesepakatan anggota kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan dasar-dasar serta keputusan penting negara. Apabila disindir atau kena ‘troll’ dengan pemimpin Barisan Nasional (BN), anggota…










