Memancing: 1 lemas, 1 berjaya diselamatkan - Utusan Malaysia

Memancing: 1 lemas, 1 berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 4 Jan. – Hobi memancing dua sahabat bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas selepas bot dinaiki karam dipukul ombak dalam kejadian berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kapar di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, Syed Noor Masadi, 51, lemas manakala rakannya, Amir Hamzah Mohd. Jani, 55, berjaya menyelamatkan diri selepas berpaut pada tong minyak.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Sungai Sembilang, Jeram dekat sini keluar memancing kira-kira pukul 3 pagi.

Bagaimanapun katanya, ketika dalam perjalanan pulang kira-kira pukul 11.30 pagi, bot fiber dinaiki mereka terbalik sebelum karam.

AMIR HAMZAH ditemukan berpaut pada tong minyak selepas bot dinaiki bersama rakannya karam dipukul om

AMIR HAMZAH ditemukan berpaut pada tong minyak selepas bot dinaiki bersama rakannya karam dipukul ombak berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Kapar, petang semalam. – UTUSAN ONLINE/ Ihsan Maritim Malaysia

“Berikutan kejadian, kami menerima panggilan kecemasan pukul 3.15 petang sebelum menggerakkan aset ke lokasi berkenaan dan menemui Amir Hamzah sedang berpaut pada sebuah tong minyak.

“Seorang lagi mangsa berjaya ditemui pada jarak 0.8 batu nautika dari Perepat, Kapar di sini dan disahkan meninggal dunia akibat lemas kira-kira pukul 4 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Pulau Indah untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN