MELAKA – Perkhidmatan bot Melaka River Cruise (MRC) di sini akan tutup selama tiga hari bermula 15 Januari bagi kerja-kerja meningkatkan mutu pengurusan syarikat. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM), Azlan Abidin berkata, penambahbaikan itu merangkumi perkhidmatan dari segi keselesaan dan keselamatan pengunjung. “Walaupun penutupan itu nanti akan menjejaskan sedikit jumlah kutipan tahunan tiket, namun langkah itu perlu diambil bagi memastikan mutu pengurusan syarikat berada pada tahap terbaik. “Ini termasuklah aspek keselesaan dan keselamatan pengunjung yang dijangka akan bertambah dengan sasaran 1.5 juta sepanjang tahun ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya