MELAKA – Kerajaan negeri akan menaikkan tarif air pada kadar yang munasabah selepas mengambil kira kos penyelenggaraan bekalan air oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang kini di peringkat perbincangan. Ketua Menteri, Adly Zahari bagaimanapun berkata, pihaknya belum menetapkan peratusan kenaikan kadar tarif itu kerana ia bergantung kepada hasil rundingan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN, dalam tempoh terdekat. Jelas beliau, sehubungan kenaikan itu juga, kerajaan negeri sedang membincangkan dua kaedah bagi memastikan langkah penambahbaikan itu tidak membebankan rakyat terutamanya golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). “Kenaikan kadar tarif air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya