Md. Yusof dilantik ketuai JSJ Johor - Utusan Malaysia

Md. Yusof dilantik ketuai JSJ Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Johor, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad kini dinaikkan pangkat bagi mengetuai jabatan itu berkuat kuasa hari ini.

Md. Yusof, 58, diberi tanggungjawab itu bagi menggantikan ketua jabatan berkenaan sebelum ini, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka.

“Saya akan meneruskan kesinambungan Tuan Kamaluddin sebelum ini menerajui JSJ dan akan menambah baik apa yang telah baik sebelum ini.

“Kita juga akan memastikan negeri Johor terus harmoni dan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas jawatan itu di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor  di sini.

Majlis itu disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×