MB akui terima sokongan - Utusan Malaysia

MB akui terima sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Jan. – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian mengakui menerima sokongan berhubung tindakan beliau melakukan lawatan ke kapal MV Pedoman di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura baru-baru ini.

Beliau berkata, sokongan itu diterima menerusi aplikasi Whatsapp termasuk video daripada beberapa bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini.


“Sehingga hari ini, saya masih menerima Whatsapp daripada beberapa bahagian Bersatu menyatakan sokongan, ketua-ketua kampung juga. 


“Mungkin satu dua harj lagi lebih banyak orang akan beri sokongan,” katanya pada majlis pra pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor 2019 di sini sebentar tadi.


Tambahnya, ada juga pihak yang tidak menyokong, namun katanya, itu terdiri daripada mereka yang tidak mengiktiraf kerajaan yang ada pada hari ini.


Dalam pada itu, Osman turut menyangkal dakwaan terdapat penurunan kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini untuk membeli-belah sempena perayaan Tahun Baru Cina ekoran tindakan beliau yang didakwa menceroboh perairan republik itu.


“Jika mengikut Exco Pelancongan, tiada apa-apa daripada segi penurunan dalam soal kemasukan pelancong dan dalam soal ini tak nampak kerugian sebab kita ada kekuatan sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×