Mayat wanita tanpa identiti ditemukan di Miri - Utusan Malaysia

Mayat wanita tanpa identiti ditemukan di Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 22 Jan. – Seorang wanita dipercayai warga asing ditemukan mati terbaring di atas jalan sebelah sebuah bangunan di Tanjung Lobang pukul 3.05 pagi tadi.


Lim Meng Seah
Lim Meng Seah 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, mayat wanita itu telah dijumpai oleh orang awam yang terus menghubungi polis dan berdasarkan pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Identiti wanita maut itu masih belum dikenal pasti namun dipercayai warga asing dalam lingkungan 20-an,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Lim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bilik tidur di tingkat atas bangunan tersebut dan tiada sebarang unsur jenayah.


Menurutnya, setakat ini kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN