NEW DELHI 17 Jan. – Pihak berkuasa India menemukan satu mayat dipercayai milik seorang daripada 15 pelombong yang terperangkap dalam lubang di sebuah lombong arang batu sejak sebulan lalu.
Pasukan tentera India memaklumkan bahawa mayat tersebut ditemukan pada kedalaman 50 hingga 65 meter dengan menggunakan alatan kawalan jauh.
Mayat tersebut sudah dibawa keluar dan operasi mencari diteruskan. – AFP










