Mayat mangsa tertimbus berjaya dikeluarkan - Utusan Malaysia

Mayat mangsa tertimbus berjaya dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Mayat seorang lelaki warga Bangladesh yang mati selepas ditimpa timbunan besi perancah serta lantai simen basah dalam kejadian runtuhan di Taman HiTech Subang di sini akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Nurizham Mohd. Nudin berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 9.40 malam.

“Anggota bomba mengambil masa hampir 4 jam untuk mengeluarkan mayat mangsa berikutan keadaan binaan tersebut yang tidak kukuh susulan runtuhan yang telah berlaku.

“Kami terpaksa mengalihkan lapisan simen serta besi-besi perancah untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” katanya ketika ditemui di sini.

Difahamkan, mayat mangsa seterusnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. 

Terdahulu, mangsa yang sedang bersiap untuk pulang terperangkap di bawah timbunan bahan binaan selepas lantai sebuah bangunan gudang yang sedang dalam pembinaan runtuh secara tiba-tiba.

Akibat runtuhan tersebut, mangsa terjatuh pada ketinggian kira-kira 14 meter sebelum ditimpa lantai simen dan besi perancah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×