Mayat lelaki terikat ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terikat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan badannya terikat dengan wayar di Sungai Gombak berhampiran Pekeliling Business Centre, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam dan sebanyak sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati terdapat seorang mayat lelaki terapung dalam keadaan lengkap berpakaian dengan badannya berikat dengan wayar serta diletakkan batu dipercayai sebagai pemberat dalam sungai itu.

“Operasi tamat pada pukul 3.31 petang dan mayat kini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, buat masa ini identiti mayat itu tidak dapat disahkan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa.

“Pihak forensik kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap mayat tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN