Mayat buruh binaan dikeluarkan selepas 4 jam terperangkap - Utusan Malaysia

Mayat buruh binaan dikeluarkan selepas 4 jam terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 22 Jan. – Mayat seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas lantai bangunan yang sedang dibina secara tiba-tiba runtuh Taman Hi-Tech Subang, di sini berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Kassim, 43, dikeluarkan selepas empat jam operasi menyelamat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Mangsa difahamkan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dekat sini untuk tujuan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa berada di atas sebelum lantai secara tiba-tiba runtuh lantas menyebabkan mangsa terjatuh.

“Selepas terjatuh, beberapa besi perancah juga runtuh bersama bancuhan simen sekaligus memerangkap mangsa di bawah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.44 petang.

“Seramai lima anggota bersama dua pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera untuk operasi menyelamat.

“Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) turut digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa,” jelasnya.

Tambahnya, punca kejadian adalah disebabkan struktur bangunan yang masih belum kukuh hingga mengakibatkan runtuhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN