ISKANDAR PUTERI 7 Jan. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, bertemu Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar di sini sebentar tadi bagi membincangkan mengenai penubuhan Universiti Johor. Kunjungan yang turut melibatkan delegasi kementerian tersebut berlangsung selama hampir satu jam. Menurut Maszlee dalam sidang akhbar selepas itu, perbincangan yang diadakan lebih kepada soal prinsip dan dasar penubuhan Universiti Johor dan pihak kementerian akan memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan hasrat berkenaan. “Perbincangan Universiti Johor (bersama-sama kerajaan negeri) lebih di peringkat prinsip dan dasar penubuhannya dan bagi kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya