PUTRAJAYA 4 Jan. – MASwings akan mengendalikan operasi penerbangan melibatkan 39 laluan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi tempoh 2019 hingga 2024 mengikut perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) baharu dengan kerajaan. Perjanjian antara MASwings dan kerajaan itu ditandatangani di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini dengan MASwings diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Aminuddin Zakaria dan Ketua Kewangan, Normah Din manakala Kementerian Pengangkutan selaku pihak kerajaan diwakili Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Saripuddin Kasim. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata berdasarkan perjanjian baharu tersebut, MASwings perlu menyediakan perkhidmatan bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya