Maskot Mickey dan Minnie Mouse ceriakan murid SK Sultan Sulaiman I - Utusan Malaysia

Maskot Mickey dan Minnie Mouse ceriakan murid SK Sultan Sulaiman I

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Hari pertama persekolahan 230 murid tahun sahu Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I di sini hari ini diceriakan dengan kehadiran maskot watak kartun kegemaran kanak-kanak iaitu Mickey dan Minnie Mouse.

Kehadiran dua karakter popular Walt Disney itu bukan sahaja mencuit hati malah berjaya mengurangkan rasa gementar murid tahun satu berkenaan yang pertama kali mendaftar ke sekolah bersama ibu bapa masing-masing.

Guru Besar SK Sultan Sulaiman I, Mohamad Kabidi Mohamad berkata, kehadiran maskot Mickey dan Minnie Mouse itu merupakan inisiatif unit kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

Gelagat Mickey dan Minnie Mouse menceriakan hari pertama persekolahan di SK Sultan Sulaiman 1 hari iGelagat Mickey dan Minnie Mouse menceriakan hari pertama persekolahan di SK Sultan Sulaiman 1 hari ini.

 

“Kedua-dua maskot watak kartun popular itu telah menunggu di pintu pagar sekolah sejak pukul 6.45 pagi untuk menyambut kehadiran 1,300 murid SK Sultan Sulaiman I yang memulakan sesi persekolahan baharu hari ini.

“Ia merupakan penganjuran kedua dan ia lebih meriah. Tahun lalu, kami turut mengambil inisiatif membawa maskot Spiderman tetapi adiwira itu tidak dapat menyambut kedatangan murid di pagar sekolah ekoran cuaca hujan pada masa itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K!  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN