Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic memberi bayangan pasukan bimbingannya mempunyai masa depan yang cerah berikutan prestasi yang memberangsangkan ditunjukkan anak buah terutamanya para pemain muda. Katanya, persembahan yang ditunjukkan para pemain The Bos Gaurus itu dalam perlawanan persabahatan menentang pasukan Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi sangat baik walaupun berkesudahan seri tanpa jaringan. “Saya sangat berbangga dengan aksi yang ditunjukkan para pemain terutamanya pemain muda. Kami mengawal…










