Margin keuntungan cukup untuk tampung kerugian pengusaha stesen minyak - Utusan Malaysia

Margin keuntungan cukup untuk tampung kerugian pengusaha stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 5 Jan. – Margin keuntungan pengusaha stesen minyak antara 23 peratus bagi petrol serta 43 peratus untuk diesel mencukupi bagi menampung sebarang kerugian selepas kerajaan menetapkan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menaikkan komisyen bagi bahan bakar itu sebanyak tiga sen dan jumlah kenaikan tersebut adalah tinggi.

“Jumlah kenaikan komisyen ini mencukupi untuk menampung jumlah kerugian yang ditanggung pengusaha.

“Menerusi kenyataan (pengusaha stesen minyak) nampaknya mereka bersetuju untuk menerima cara ini (kenaikan komisyen) dan saya fikir ini adalah cara terbaik yang memberikan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pameran kewangan Marketplace di sini hari ini.

Bermula semalam, harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter manakala harga diesel turun 14 sen menjadi RM2.04 seliter.

Harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN