Maradona makin sihat - Utusan Malaysia

Maradona makin sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES 13 Jan. – Kapten bekas juara Piala Dunia Argentina, Diego Maradona semakin pulih di hospital hari ini selepas menjalani pembedahan rutin kerana pendarahan dalaman, menurut peguamnya.

Bekas bintang Boca Juniors dan Napoli berusia 58 tahun itu didapati mengalami masalah itu awal bulan ini ketika menjalani pemeriksaan di hospital di Olivos, pinggir Buenos Aires.

Pembedahan awal pagi tadi, untuk menyekat pendarahan disebabkan hernia, tidak begitu menyukarkan tetapi disasarkan untuk menyelesaikan masalah “kurang selesa” disebabkan isu itu.

“Prosedur pembedahan Diego Maradona sudah berakhir. Syukur kepada Tuhan semuanya berjalan sempurna,” kata peguamnya, Matias Morla di Twitter.

Maradona kerap dimasukkan ke hospital sejak beberapa tahun kebelakangan, semuanya kerana gaya hidup luar biasa yang membantunya menjadi seorang daripada pemain paling diminati pada abad ke-20.

Dia kali terakhir jatuh sakit pada Piala Dunia 2018 di Russia apabila beliau pengsan di tempat duduk eksekutif ketika perlawanan Argentina-Nigeria.

Maradona dibawa ke hospital pada 2004 kerana masalah jantung dan pernafasan disebabkan mengambil kokain. Beliau kemudian menjalani rawatan pemulihan dadah di Cuba dan Argentina sebelum pembedahan perut pada 2005 membantunya mengurangkan berat badan.

Pada 2007, beliau pergi ke klinik di Buenos Aires untuk membantunya mengatasi masalah pengambilan alkohol. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN