Mansuhkan tol motosikal dahulu, selepas ini tol kereta - Utusan Malaysia

Mansuhkan tol motosikal dahulu, selepas ini tol kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 1 Jan. – Kutipan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang yang dimansuhkan bermula hari adalah langkah awal untuk menghapuskan tol sepenuhnya seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, walaupun kerajaan berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi pada masa ini namun janji manifesto untuk menghapuskan tol tetap diutamakan.

“Ini merupakan langkah permulaan sebelum kita menuju ke arah untuk menghapuskan tol.

“Tetapi kita kena terima hakikat bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kedudukan kewangan akibat skandal itu tidak membolehkan kita melaksanakannya (hapuskan tol) dengan segera,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Naik Taraf Lif Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Gelugor di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN