KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran memasuki pusat mengundi memakai baju mempunyai logo Pakatan Harapan. Kelihatan M. Manogaran bercakap dengan seorang petugas SPR. Dr. Asyraf Wajdi yang berkongsi dua gambar Manogaran memakai baju mempunyai logo Pakatan Harapan di dalam pusat menggundi SK Senderut di Facebook…










