PUTRAJAYA 19 Jan. – Mangsa serangan berbaur perkauman di New York, Amerika Syarikat Selasa lalu disahkan seorang rakyat Malaysia. “Ya. Dia merupakan rakyat Malaysia,” kata seorang jurucakap Wisma Putra kepada Utusan Online, malam ini. Serangan di sebuah restoran makanan laut Emmons Avenue in Brooklyn itu dilaporkan telah menyebabkan Ng Thang Kheong, 60, yang berasal Johor, mengalami kematian otak (brain dead). Thang Kheong cedera teruk selepas serangan mengerikan berkenaan dan diputuskan…










