KUCHING – Mangsa banjir daripada lapan keluarga di daerah Kuching yang ditempatkan di dua pusat pemindahan berkurangan kepada 36 orang setakat pukul 8 malam ini berbanding 41 pada sebelah petang. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata, 30 orang daripada tujuh keluarga terjejas ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Lumut. Manakala enam orang daripada satu keluarga ditempatkan di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu…










