KUALA LUMPUR – Malaysia secara tidak rasminya berjaya ke pusingan separuh akhir kejohanan badminton Malaysia Masters dalam acara beregu campuran selepas dua pasangan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dijadualkan bertembung pada saingan suku akhir di Arena Axiata esok.
Soon Huat-Shevon menjadi pemain negara pertama layak ke pusingan tersebut apabila mudah menjinakkan pemain Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara straight set 21-13, 21-19 di sebelah pagi.
Rentak cemerlang itu diteruskan oleh Peng Soon-Liu Ying yang menumbangkan wakil china, Lu Kai-Chen Lu menerusi keputusan 17-21, 21-17, 21-15. – K! ONLINE










