Majoriti petani, pesawah, nelayan dan penternak masih miskin - Utusan Malaysia

Majoriti petani, pesawah, nelayan dan penternak masih miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengakui taraf hidup golongan petani, pesawah, nelayan dan penternak di negara ini tidak menunjukkan perubahan ketara walaupun telah banyak subsidi dan bantuan diberikan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kumpulan berkenaan masih tidak berjaya mengeluarkan diri daripada kerangka ekonomi golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40). 

“Pihak kementerian mengambil tanggungjawab untuk mendepani cabaran itu kerana majoriti golongan petani, pesawah, nelayan dan penternak masih lagi dalam kumpulan B40.

“Itu merupakan fokus utama kementerian untuk meningkatkan produktiviti dan akan memastikan segala bentuk bantuan, insentif dan subsidi pada masa akan datang difokuskan kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Amanat 2019 bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×