MERIAH. Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) dengan kerjasama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) cawangan Sikamat mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 2018 di Masjid India Muslim Seremban, Temiang, Negeri Sembilan baru-baru ini. Presiden Kimma, Datuk Seri Syed Ibrahim Kadir berkata, program itu merupakan acara tahunan bagi Masjid India Muslim Seremban. “Kami akan memperbanyakkan lagi aktiviti keagamaan di masjid ini pada tahun 2019. “Pelbagai aktiviti berjaya dilaksanakan seperti bacaan Maulud dan Selawat Nabi, ceramah dalam bahasa Tamil, perarakan dan ceramah dalam bahasa Melayu yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nazri,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya