BACHOK 31 Jan. – Majlis Jaksa Pendamai (JP) akan terus membantu semua golongan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama. Naib Presiden 1 majlis tersebut, Datuk Razali Daud berkata, program-program yang diadakan untuk membantu golongan miskin dan asnaf adalah di atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku penaung Majlis JP. Beliau berkata, antara aktiviti utama pihaknya adalah turun padang untuk melakukan kerja-kerja amal. “Baginda amat prihatin dengan masalah…










