JEMPOL 29 Jan. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir malam ini berkenan menyempurnakan pengisytiharan Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) bagi menggantikan Majlis Daerah Jempol (MDJL). Dalam kemuncak majlis yang diadakan di Dataran MPJL di sini, Tuanku Muhriz menandatangani plak pengisytiharan dengan disaksikan kira-kira 3,000 pengunjung. Turut berkenan berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz. Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Yang Dipertua MPJL, Raja Norazli Raja Nordin. Sementara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya