DAKAR – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Presiden Senegal, Macky Sall sejurus selepas ketibaan beliau ke negara ini untuk menghadiri satu persidangan mengenai Afrika. Pertemuan itu berlangsung di Istana Presiden di ibu negara Senegal pada Rabu. Turut hadir dalam pertemuan itu bagi pihak Malaysia ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr. Shazelina Zainul Abidin. Sall sebelum itu menyambut…










