SUNGAI PETANI 31 Jan. – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan kutipan zakat meningkat kepada RM225 juta pada tahun ini berbanding RM182 juta yang diperolehi lembaga itu pada tahun lalu. Ketua Bahagian Dakwah dan Penyelidikannya, Abdul Hadi Abdul Majid berkata, beliau percaya sasaran itu mampu dicapai dengan bantuan 651 orang Penolong Amil LZNK. Katanya, sebelum ini, pihak berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan Penolong Amil LZNK dalam mengagih-agihkan bantuan kepada kira-kira…










