Lori tangki terbalik disebabkan tayar pecah - Utusan Malaysia

Lori tangki terbalik disebabkan tayar pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebuah lori tangki tanpa muatan terbalik di Kilometer 107.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Amir Abu Kasim berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas tiga kilometer di laluan berkenaan.

“Lori itu terbalik apabila tayar depan bahagian kiri kenderaan berat itu pecah sewaktu tiba di lokasi kejadian.

“Pemandunya, Kamarudin Mohammad, 50, cedera pada bahagian kepala dan kaki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Amir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 11.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira-kira 16 minit kemudian.

Menurut beliau, dua pegawai dan enam anggota bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikerahkan memberi bantuan.

“Kami mengambil masa 25 minit membersihkan lokasi kemalangan. Pemandu lori itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi menerima rawatan,” katanya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN