LONDON 31 Jan. – Fernando Llorente percaya bahawa dia sudah bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Harry Kane kerana kecederaan terutama selepas dia menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Watford 2-1, awal pagi ini.
Spurs hampir meraih kekalahan ketiga di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris namun Son Heung Min berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80.
Llorente yang terlepas beberapa peluang berharga pada awal perlawanan melengkapkan aksi cemerlang Spurs dengan menanduk masuk hantaran Danny Rose bagi menewaskan Ben Foster.
Ketiadaan Kane sehingga Mac ini menyaksikan Llorente sedang mencari sentuhan penyudah berkesan dan dia kini percaya sudah menemui sentuhan penyudah berkesan.
“Ini adalah tanggungjawab besar. Saya sudah bersedia untuk membantu pasukan dan akan tampil dengan aksi lebih meyakinkan.
“Saya sangat gembira kerana ini perlawanan sukar. Membantu pasukan meledak jaringan adalah sangat penting dan kami perlu terus mencipta kemenangan,” katanya.-AGENSI










