Liza Hanim selamat lahirkan bayi lelaki - Utusan Malaysia

Liza Hanim selamat lahirkan bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi Liza Hanim selamat melahirkan anak kelimanya yang merupakan bayi lelaki di sini malam tadi.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 40, berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagran miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada pukul 11 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua. Alhamdulillah,” katanya.

Pelantun lagu Gelisah Mimpi itu mendirikan rumah tangga dengan ahli kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin pada 2003.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata lain, Marsya Qistina, 15, Marissa Qalreen, 9, Mohamed Salahuddin, 7, dan Mohamed Ibrahim, 3. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×