Liverpool jual Solanke - Utusan Malaysia

Liverpool jual Solanke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Jan. – Liverpool sah menjual penyerangnya, kepada Bournemouth secara kekal dengan membabitkan yuran perpindahan sebanyak 19 juta pound (RM99.2j).

Solanke, 21 akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Nathaniel Clyne, 27 yang turut ke Bournemouth tetapi secara pinjaman sehingga akhir musim ini. Clyne adalah pemain pertahanan The Reds sebelum ini.

Kehadiran Solanke dijangka bakal mengisi tempat penyerang veteran, Jermain Defoe yang disebut-sebut akan menyertai kelab Scotland, Rangers secara pinjaman selama 18 bulan.

“Saya merasakan kelab ini (Bournemouth) ada potensi. Beberapa tahun kebelakangan ini, mereka agak bagus dalam kancah liga perdana dan berada pada kedudukan agak baik. Sudah tentu ia sesuai dengan pemain muda seperti saya,” kata Solanke yang semakin tersisih daripada kesebelasan utama Liverpool berikutan kecemerlangan trio Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

Memulakan karier di England bersama Chelsea sebelum dipinjamkan ke kelab Belanda, Vitesse Arnhem, Solanke kemudiannya menyertai Liverpool pada 2017 dan hanya sempat membuat 27 penampilan.

Namun sejak awal musim ini, dia belum pernah diturunkan Jurgen Klopp menyebabkan pemain berdarah Inggeris ini mencari kelab yang boleh meletakkannya dalam kesebelasan utama sama seperti Clyne. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN