Linda Rafar tunggu keputusan KKM  - Utusan Malaysia

Linda Rafar tunggu keputusan KKM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Linda Rafar enggan memberi sebarang komen berhubung notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi fitnah yang diserahkan oleh Delegasi Jururawat Malaysia (DON) terhadapnya semalam. 

DON menerusi laman Facebook memberitahu, semalam pihaknya telah menyerahkan notis itu kepada Linda berhubung tindakannya yang memfitnah seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di Shah Alam, Selangor menerusi Instagram Storynya beberapa hari lalu.

“Peguam dan polis yang menguruskan kes ini menasihatkan agar saya tidak mengeluarkan apa-apa komen sehingga Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri keluarkan keputusan. Saya harap anda faham,” komennya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Pada masa sama, Linda turut mendakwa dia masih belum menerima notis yang didakwa telah dihantar semalam. 

“Saya juga pelik kerana surat itu sudah tular di laman sosial terlebih dahulu. Akan tetapi sehingga sekarang saya sendiri masih belum menerima surat itu daripada peguam mereka,” katanya. 

Terdahulu, kecoh di laman sosial beberapa hari lalu selepas Linda memuat naik Insta Story yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan yang enggan menukar cadar katil ibunya yang menerima rawatan di situ. 

Penularan kes itu turut mendapat respons daripada KKM yang berjanji akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN