JAKARTA 24 Jan, – Limpahan air empangan Bili-bili telah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 mangsa manakala 25 orang lagi dilaporkan hilang sejak semalam.
Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Indonesia, Hasriadi berkata, sebanyak 30 orang dijumpai lemas atau terperangkap dalam tanah runtuh susulan hujan lebat yang menyebabkan limpahan air empangan Bili-bili,
Lapor media, kejadian tanah runtuh dan banjir kilat tersebut turut menjejaskan lebuh raya utama hingga memaksa pihak berkuasa menyalurkan bantuan menggunakan helikopter. – REUTERS










