KUALA KEDAH 6 Jan. – Malaysia akan menjadikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) Mac ini sebagai platform meningkatkan sistem peperangan siber dan bidang teknologi pesawat udara tanpa pemandu (UAV) atau dron. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, langkah itu perlu bagi menjaga keselamatan negara dan mengekang ancaman, memandangkan negara ini mempunyai kawasan perairan yang luas untuk dikawal. Menurutnya, Malaysia akan berunding dengan syarikat-syarikat terlibat dalam pameran itu mengenai peralatan yang bersesuaian untuk kegunaan kawalan di perairan dan pada masa sama berkemampuan daripada segi kewangan negara. “Syarikat-syarikat baharu akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya