Lima maut dalam insiden tembakan di Florida - Utusan Malaysia

Lima maut dalam insiden tembakan di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA 24 Jan. – Lima maut selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di sebuah bank di tengah Florida, sebelum menghubungi pihak polis dan menyerah diri.

Ketua Polis Sebring, Karl Hoglund berkata, kejadian berlaku pada jam 12.30 waktu tempatan di Bank SunTrust di Sebring, kira-kira 153 kilometer ke utara Orlando, iaitu bandar kecil yang mempunyai 10,000 penduduk.

Menurutnya, suspek berusia 21 tahun yang dikenal pasti sebagai Zephen Xaver menelefon pihak polis dan mendedahkan bahawa dia sudah melepaskan tembakan di dalam bank berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×