Liga belum bermula, malang sudah menimpa - Utusan Malaysia

Liga belum bermula, malang sudah menimpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Selangor menerima tamparan hebat apabila kehilangan Wan Zack Haikal Wan Noor biarpun saingan Liga Malaysia (Liga M) 2019 belum bermula selepas pemain tengah itu mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Ketua jurulatih Red Giants, B. Sathianathan berkata, Wan Zack mengalami kecederaan itu ketika beraksi menentang Home United dalam aksi persahabatan di UM Arena, Selasa lalu.

“Nasib saya tidak baik. Apa lagi yang saya boleh buat selain menerima berita ini. Liga M belum bermula tetapi kami sudah kehilangan seorang pemain.

“Kami tidak mengetepikannya kerana dia akan menjalani rawatan pemulihan. Dia memerlukan masa selama enam bulan untuk sembuh, dua bulan untuk kembali cergas beraksi di padang menjadikan lapan bulan keseluruhannya.

“Ramai yang cakap itu kecederaan lama tetapi kecederaan yang dialaminya sebelum ini tujuh tahun lepas dan kaki yang berbeza sebab kali ini kaki kiri.

“Semua pemain kena bagi sokongan kepada dia kerana moral Wan Zack ketika ini berada dalam keadaan tidak baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×