Letusan gunung berapi, tiada isyarat amaran dikeluarkan - Utusan Malaysia

Letusan gunung berapi, tiada isyarat amaran dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 17 Jan. – Letusan gunung berapi di kawasan pedalaman di selatan Jepun tidak menghantar isyarat amaran dan tidak memerlukan penduduk berpindah, kata agensi meteorologi, hari ini.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, gunung berapi di Pulau Kuchinoerabujima, kira-kira 1,000 kilometer di barat daya negara itu meletus kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan. Gambar menunjukkan asap hitam tebal melonjak keluar dari gunung.

Akhbar Kyodo melaporkan, letusan itu mengeluarkan aliran piroklastik, abu dan gas panas, tetapi lahar dari gunung itu tidak mengalir ke arah kawasan kediaman. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN