PELABUHAN KLANG – Tindakan seorang lelaki warga Nepal menceroboh landasan kereta api berdekatan Central Spectrum Indah Point Fasa 1, Pulau Indah di sini membawa padah apabila dia maut dilanggar sebuah lokomotif, petang semalam. Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di seluruh anggota badan termasuk kepala. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati…










