PERMATANG PAUH 6 Jan. – Seorang lelaki warga China maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Permatang Manggis, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 37 tahun itu maut selepas kereta Honda Accord yang dinaikinya terbabas memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, akibat perlanggaran itu,…










