Lelaki pulang dari KL ke Kelantan berbekalkan hanya RM2 - Utusan Malaysia

Lelaki pulang dari KL ke Kelantan berbekalkan hanya RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG lelaki menerusi akaun Twitternya berkongsi kisah tentang pertemuannya dengan seorang pemuda semasa sedang menunggu rakan di sebuah stesen minyak di Gombak, Selangor.

Menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Danial Hasif, dia ingin menghantar motosikal miliknya ke Chenor, Pahang bersama seorang lagi rakan yang memandu sebuah kereta.

Semasa menunggu rakannya di stesen minyak itu, Danial terserempak dengan seorang lelaki yang sedang berlegar-legar.

“Lelaki itu tegur aku dan meminta izin untuk menggunakan telefon untuk menelefon isterinya.

“Begitu pun, isteri dia tidak menjawab panggilan, jadi dia pun menghantar mesej kepada isterinya,” kata Danial.

Danial mendapat tahu bahawa lelaki tersebut mahu pulang ke Kelantan untuk melawat bapanya yang sedang sakit.

Begitu pun, dia hanya mempunyai RM2 di dalam beg duit memandangkan dia baru tiba di KL sebulan lalu dan belum mendapat kerja.

Bersimpati dengan lelaki tersebut, Danial dan rakannya kemudian menumpangkan lelaki itu sehingga ke Bentong, Pahang memandangkan mereka menuju ke dua destinasi berbeza.

Lelaki tersebut mengucapkan terima kasih. Danial kemudian memberitahu, lelaki itu telah selamat tiba ke destinasinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN