KOTA BHARU – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pisau ‘Rambo’ tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd. Zawari Mustaffa, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Mahkamah turut mengarahkan hukuman tersebut berjalan bermula tarikh tangkapan iaitu 24 Julai 2018. Buruh itu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau Rambo berukuran 38 sentimeter…










